Thursday, November 23, 2006

PENYAKIT DAN UBAT

PENYAKIT DEMAM KUNING

Ambil pohon dukung anak(sejenis pokok seperti daun duri kemang,yang tumbuh di padang dikenali juga dengan nama daun tiking),ambillah sebanyak segengam daun tersebut,tumbuk sampai halus kemudian tuangkan air masak(mati) yang suam kedalamnya dan bubuh sedikit garam.
Minumlah air tersebut segelas disebelah pagi dan segelah di waktu petang,insya Allah dalam dua minggu penyakit tersebut akan hilang

ubat sakit tekak
Minumlah air nasi (air didih) buatlah beberapa kali sehingga hilang rasa perit tekak itu.

KHASIAT MADU

Ambil dua sudu teh madu dan campurkan satu cawan air panas kemudian minum lah dua kali sehari iaitu waktu pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebulum tidur,ianya dapat membuang angin dalam badan dan membuatkan badan terasa segar dan sihat

*Peringatan gunakan sudu kayu , plastik ,seramik sahaja ketika penggunaan madu

POKOK HERBA







Pokok Sukun.Biasanya dijadikan hiasan diperkarangan rumah,buahnya bulat dan berkematu.








Pokok Belimbing Tanah atau Bukit.Biasanya terdapat di kebun-kebun getah.


Buahnya hampir sama dengan buah belimbing biasa,bentuknya kecil dan rapat diatas


tanah dan berwarna agak hitam.Pokoknya seperti pokok kunyit






Pokok Cikur biasa.Isinya putih,daunnya rapat dipermukaan tanah


khasiat minyak zaitun

1.melambatkan rambut dari uban
2.melicinkan dan melembutkan kulit juga mengeluarkan parasit.
3.melawaskan perut.
4.menghilangkan lecur terkena api.

sakit gout (sendi)








Ambil dua sudu teh madu dan satu sudu teh kulit kayu manis yang telah dihancurkan.Campurkan kedalam air yang mendidih(masak) sebanyak satu cawan.(cawan biasa)Kacau hingga sebati kemudian minumlah setelah suam.








Diminum dua kali sehari iaitu waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.








*peringatan gunakan sudu selain daripada logam apabila menggunakan madu.
























POKOK ULAM RAJA

Dibuat ulam makan bersama-sama nasi putih khasiatnya awet muda

















POKOK BEBUAS

Dibuat ulam khasiat awet muda









POKOK LEMUNI



Di buat ulam atau didaun dikisarkan dan airnya dimasak bersama beras untuk dijadikan nasi lemuni dimakan bersama sambil ikan bilis atau sambal lain yang disukai(masak seperti nasi lemak)khasiat nya awet muda.







Pokok cactus





Bunga jambu susu






Putik jambu susu